Akan tetapi, ada satu model kasut ini, sangat selesa dan sempurna untuk mereka yang berkaki lebar seawal mula mula menyarungkannya lagi. Pendek kata, memang "perfect fit" lah. Model tersebut adalah Nike MagistaX Finale model yang pertama. Model tersebut mula di pasaran sekitar tahun 2015.
Ada 4 ulasan utama untuk model ini iaitu :
1) Bahan
2) Tapak
3) Tapak tengah (midsole)
4) Keselesaan
1) Bahan :
Bahan utama adalah kulit lembu (calf) dan jahitan fabrik yang sangat kukuh untuk bahagian tumit. Sejujurnya, walaupun sedikit keras di awal permainan, sebaik sahaja kulit tersebut mula 'break-in' (pecah dan renggang), keselesaannya adalah pada tahap 5 bintang dan tidak terperi. Paling penting, padanan kasut ini yang sempurna pada pemakaian yang pertama lagi menjadikan kasut ini adalah senjata pilihan kemestian pada mereka yang berkaki lebar.
2) Tapak :
Jika anda lihat pada bahagian bertanda merah, itu adalah merupakan bahagian tapak depan yang tidak terlalu nipis, dan terlalu tebal, di mana, dengan ketebalan sedemikian, memang betul betul membantu kawalan bola secara optimum. Juga, tapak yang sedikit tebal di hadapan memang sangat sangat membantu untuk melakukan sepakan tonjol (toe punt) di mana sepakan jenis ini, adalah sangat minimum penggunaan tenaga akan tetapi memang meroket perginya bola!
3) Tapak belakang :
Pada bahagian bertanda biru itu pula, adalah bahagian tapak belakang yang sedikit tebal dan diperbuat dengan teknologi Lunarlon oleh Nike. Walaupun nampak tebal, ianya adalah sangat ringan dengan berat keseluruhan kasut sekitar 270 gram sahaja untuk saiz 8.5 UK. Tapak tersebut sangat selesa dan mampu mengurangkan impak hentakan pada gelanggang futsal yang boleh menyebabkan sakit tapak kaki dan lutut. Namun, sesetengah pemain tidak menyukai tapak yang tebal kerana menyukarkan gelecekan.
Teknologi Lunarlon
4) Keselesaan : Dengan berat sekitar 270gram, bahan kulit yang baik serta teknologi rekaan kasut yang optimum, memang begitu selesa dan sangat berbaloi dengan nilai yang ditawarkan. Sebaik sahaja kasut ini mula 'break-in', keselesaannya umpama anda tidak memakai kasut akan tetapi, sokongan pada kesemua bahagian kaki, adalah amat baik dan kukuh serta sangat stabil.