Rabu, 2 Ogos 2017

Bagaimana Menentukan Kasut Futsal Yang Sesuai

Bagaimana untuk mengetahui kasut futsal yang kita pilih itu sesuai atau tidak?

Ini merupakan persoalan yang agak memeningkan bagi mereka yang ingin mencuba jenama baru atau pun model baru dari jenama yang sama.

Kebiasaannya, kasut direka mengikut bentuk kaki. Jenis kaki yang biasanya dimiliki kebanyakan pemain adalah, regular-fit (biasa), narrow-fit (sempit/tirus), wide-fit (lebar) dan excessive wide-fit (terlalu lebar).

Walau bagaimanapun, entri kali ini bukanlah untuk menceritakan perihal jenis kaki, sebaliknya, entri kali ini adalah untuk kita belajar cara mengetahui samada 'senjata' kita itu sesuai atau tidak dengan kaki kita.

Tip paling utama semasa memilih kasut adalah, pastikan tumit kita betul betul fit di bahagian dalam tumit kasut. Ini kerana, sekiranya bahagian tumit kita longgar, memang kita tidak akan berasa selesa dan menganggu mood permainan kita, walaupun sizing sudah tepat. Tambahan pula, bahagian tumit yang longgar menyebabkan senang kasut kita tercabut semasa gameplay.

Sebaik sahaja kita yakin bahawa bahagian tumit kita itu betul betul fit, aspek yang kita perlu titik beratkan adalah jarak antara ibu jari dengan bahagian hujung kasut. Pastikan jarak ibu jari kita adalah 0.3-0.5 inci dari bahagian hujung kasut. Ini kerana, sekiranya terlalu rapat, boleh menyebabkan ketidakselesaan dan mungkin kaki kita akan 'cramp'.

Semasa kita menyarung kasut untuk mencuba, pastikan kita berjalan berjalan dahulu di dalam kedai kasut tersebut untuk kita betul betul memastikan kepadanan kasut dengan kaki kita. Kalau sekiranya bahagian tumit dan ibu jari sudah betul betul padan dan selesa, tidak mengapa sekiranya bahagian tepi sedikit ketat dan sakit kerana kasut tersebut belum lembut dan mengikut bentuk kaki si pemakai sepenuhnya lagi. 

Apa yang paling penting adalah keselesaan dan kekemasan. Ini kerana, kasut futsal bukan seperti kasut kasual. Kasut kasual tidak mengapalah kalau longgar sedikit, berbanding dengan kasut futsal yang banyak melibatkan pergerakan lasak dan kepaduan rembatan kaki. Jadi, amatlah penting untuk kasut anda membaluti kaki anda dengan selesa dan kemas. 

Sekiranya anda ingin membeli kasut yang tiada di pasaran Malaysia, berhati hati lah dengan sizing kasut tersebut dan bertanyalah pada penjual kasut talian ataupun penggemar kasut futsal luar negara.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan